Dua Peguam Dapat Kebenaran Semakan Kehakiman

Diterbitkan: Isnin, 3 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua peguam pada Isnin mendapat kebenaran semakan kehakiman untuk membatalkan notis yang diberi kepada mereka oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan kes membabitkan National Feedlot Corporation (NFC).

Hakim Mahkamah Tinggi Abang Iskandar Abang Hashim membuat keputusan itu di dalam kamar selepas menolak bantahan awal pihak kerajaan terhadap permohonan kedua-dua peguam itu, Latheefa Koya dan Murnie Hidayah Anuar.

Peguam Kanan Persekutuan Effandi Nazila Abdullah yang mewakili responden memberitahu pemberita bahawa tiada sebarang tarikh pendengaran ditetapkan.

Latheefa dan Murnie Hidayah mendakwa notis SPRM itu adalah tidak sah dan melanggar peruntukan 5(2) Perlembagaan Persekutuan.

Kedua-dua peguam itu dalam permohonan mereka menamakan SPRM, kerajaan Malaysia dan penolong penguasa SPRM Suziana Ali sebagai responden.

Latheefa dan Murnie Hidayah mendakwa notis bertarikh 19 Mac yang dikeluarkan SPRM itu meminta mereka yang mewakili Datuk Shamsubahrin Ismail, supaya hadir di ibu pejabat SPRM Putrajaya pada 23 Mac lepas bagi membantu siasatan kes rasuah pengarah eksekutif NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.

Peguam itu berkata mereka telah diberikan notis itu setelah mereka hadir menemani Shamsubahrin ke pejabat SPRM pada hari sama, 19 Mac.

Shamsubahrin telah memberi keterangan beliau terhadap siasatan kes rasuah Mohamad Salleh.

Notis tersebut juga menyatakan bahawa kegagalan mematuhi notis itu, mereka telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 48(c) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 69 akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan