Penganggur Dihukum Gantung Kerana Bunuh Bapa Mertua

Diterbitkan: Khamis, 30 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Seorang penganggur dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini Khamis selepas didapati bersalah membunuh bapa mertuanya dengan menikam menggunakan pisau rambo, dua tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Samsudin Hassan menjatuhi hukuman itu terhadap Mohd Azuwa Talib, 25, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mohd Azuwa, yang memiliki seorang anak lelaki berusia tiga tahun, dituduh membunuh Armen Suardi, 55, yang merupakan peniaga runcit di rumah bernombor 51, Jalan Bendahara 3, Bandar Tenggara, dekat Kota Tinggi, antara pukul 2.30 petang dan 5.20 pagi, 8 November dan 9 November 2010.

Kesalahan yang dilakukan di rumah bapa mertuanya itu dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Dalam penghakimannya, Samsudin berkata, dua tikaman di badan dan satu lagi di kepala yang menembusi tengkorak serta otak Armen jelas membuktikan kejadian itu disengajakan tertuduh.

"Pergaduhan antara tertuduh dan si mati juga bukan pertama kali. Terdapat dendam antara tertuduh dan si mati sejak tertuduh berkahwin dengan anak perempuan si mati. Ini bukan rekaan kerana terdapat kata kesat dan sikap dingin tertuduh terhadap si mati.

"Keterangan tertuduh yang mengatakan dia hanya mempertahankan diri juga tidak menepati nas undang-undang. Jadi, mahkamah tiada pilihan lain selain menjatuhi hukuman mati terhadap tertuduh mengikut peruntukan undang-undang Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu gantung di leher sampai mati," katanya.

Pendakwaan dikendalikan Ketua Unit Pendakwaan Johor Umar Saifuddin Jaafar dan Timbalan Pendakwa Raya Jasmee Hameeza Jaafar manakala Mohd Azuwa diwakili peguam Ruhaizamin Johari dan Ummu Aiman Azizan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan