Pemandu Lori Dan Teksi Mengaku Tidak Bersalah Samun Guna Parang

Diterbitkan: Khamis, 30 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang pemandu lori dan seorang pemandu teksi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini Khamis terhadap tuduhan menyamun seorang lelaki dengan menggunakan sebilah parang.

P. Sittharthan, 25, dan T. Selvakumar, 27, didakwa bersama-sama menyamun menggunakan parang terhadap M. Ilairajah, 30, dan merampas seutas rantai leher emas milik mangsa sehingga menyebabkan kecederaan terhadap mangsa.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di tepi jalan PJS 3/5 Taman Medan, di sini pada 11.30 malam, Ahad lepas dan didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Choong Kak Sen menawarkan kepada mahkamah supaya kedua-dua lelaki itu dibenarkan diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin setiap seorang.

Peguam N. Logandran yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon mahkamah mengurangkan wang jaminan itu kerana mereka adalah penanggung tunggal keluarga masing-masing.

Hakim Yasmin Abdul Razak membenarkan kedua-dua lelaki itu diikat jamin RM9,000 dengan seorang penjamin setiap seorang, dengan dua syarat tambahan iaitu melaporkan diri ke balai polis berhampiran kediaman mereka sebulan sekali dan kedua-dua tertuduh serta ejen mereka dilarang mengganggu mangsa atau saksi.

Mahkamah menetapkan 1 Oktober untuk tarikh sebutan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan