Ibu Dan Teman Lelaki Didakwa Bunuh Anak Perempuan Berusia Empat Tahun

Diterbitkan: Khamis, 30 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang ibu berusia 33 tahun bersama teman lelakinya didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh anak perempuannya berusia empat tahun.

T. Parimala, yang hamil tujuh bulan, dan S. Kupertasan, 27, seorang pekerja di kedai pengebumian, didakwa membunuh J. Pavitra di rumah sewa mereka di No 152, Lorong Tawasa, Kampung Tawas di sini antara pukul 8 malam pada 7 Ogos dan 5.20 petang pada 14 Ogos.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan.

Pasangan itu, yang tidak diwakili peguam, kelihatan tenang dan mengangguk apabila pertuduhan dibacakan kepada mereka dalam bahasa Tamil oleh jurubahasa mahkamah.

Dilaporkan bahawa gadis itu telah meninggal dunia ketika sedang dibawa ke Klinik 1Malaysia Kampung Tawas pada 14 Ogos.

Dia ditemui dengan lebam-lebam di wajahnya.

Kupertasan telah ditahan oleh pihak polis pada hari yang sama manakala Parimala telah ditangkap keesokan harinya ketika menunggu untuk menuntut mayat Pavitra dari rumah mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Kes itu telah ditetapkan untuk sebutan pada 1 November sementara menunggu laporan bedah siasat.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan