Bekas Ketua Polis Balai Dihukum Penjara 9 Bulan

Diterbitkan: Khamis, 30 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: ketua Balai Polis Arau, Sub-Inspektor Zaini Ahmad pada Khamis dikenakan hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Tinggi setelah didapati bersalah terhadap tiga pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap dua pemuda, lima tahun lalu.

Hakim Mohd Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan bagi setiap pertuduhan terhadap Zaini, 54, selepas membenarkan rayuan kali kedua oleh pihak pendakwaan.

Bagaimanapun, Mohd Zaki mengarahkan hukuman itu berjalan serentak.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kangar membenarkan rayuan kali kedua pihak pendakwa terhadap keputusan Mahkamah Majistret Kangar yang membebaskan tertuduh pada 21 Oktober 2011.

Kali pertama pihak pendakwaan membuat rayuan terhadap kes itu ialah setelah Mahkamah Majistret membebaskan tertuduh pada 2 Jun 2010 dan mengekalkan keputusannya selepas rayuan dibuat apabila membebaskan tertuduh pada 21 Oktober 2011.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap seorang lelaki berusia 21 tahun di sebuah pondok di tepi bangunan Balai Polis Arau antara pukul 1 pagi dan 4.30 pagi 6 Januari 2007.

Bagi pertuduhan kedua, Zaini didakwa melakukan kesalahan serupa dengan lelaki yang sama antara 4.30 pagi dan 5.30 pagi tarikh sama di dalam bilik maklumat, bangunan Balai Polis Arau.

Bagi pertuduhan ketiga pula, dia didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap remaja lelaki berumur 18 tahun antara 11.30 pagi dan 3 petang di pejabat Ketua Polis Balai, Balai Polis Arau, pada tarikh yang sama.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Noor Syazwani Mohamad Sobry manakala tertuduh diwakili peguam K. Mahendren. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan