Perbicaraan Kes Dadah Staf Exco P.Pinang Bermula 10 Oktober Depan

Diterbitkan: Rabu, 29 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Mahkamah Majistret menetapkan 10 Oktober depan untuk mendengar perbicaraan kes penyalahgunaan dadah seorang pembantu khas kepada Exco Pulau Pinang.

Majistret Arif Mohamad Shariff menetapkan tarikh itu selepas kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan bersetuju dengan senarai enam orang saksi yang akan dipanggil memberi keterangan di mahkamah pada perbicaraan kes itu.

Aidi Rafizul Idrus, 37, didakwa memasukkan dadah berbahaya ke dalam badannya di sebuah rumah di Jalan Paya, Berapit, di sini pada 10.30 pagi 29 Nov tahun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan.

Bapa kepada tiga orang anak itu adalah pembantu khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir negeri, Law Choo Kiang.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Siti Nor Sakinah Ibrahim manakala tertuduh diwakili peguam bela V.S. Kumar. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan