Kes Saman RM1.3 Bilion Terhadap Measat Didengar Secara Timbang Tara

Diterbitkan: Rabu, 29 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kes saman RM1.3 bilion pembekal peralatan sokongan AV Asia Sdn Bhd terhadap syarikat perkhidmatan komunikasi satelit Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd, akan didengar secara timbang tara.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif membuat keputusan itu selepas menolak permohonan AV Asia untuk kebenaran merayu perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan kes tersebut didengar secara timbang tara.

Bagaimanapun, panel itu membenarkan syarikat tersebut merayu keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan AV Asia untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang Measat menggunakan maklumat sulitnya bagi melancarkan produk Berdefinisi Tinggi (HD) Astro B.yond.

Panel itu, yang turut dianggotai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum serta Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusoff, Datuk Zainun Ali dan Datuk Sulong Matjeraie, memberi kebenaran untuk AV Asia merayu berhubung tiga isu undang-undang yang perlu diputuskan mahkamah berkenaan.

AV Asia menyaman Measat kerana mendakwa anak syarikat Astro itu telah mendedahkan maklumat sulit berhubung produk tersebut kepada Tele System Electronic (M) Sdn Bhd, yang juga defendan kedua.

Pada 27 Oktober 2010, AV Asia mengemukakan permohonan untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang Measat menggunakan maklumat sulitnya.

Pada 10 Disember 2010, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Measat untuk menangguhkan prosiding berkaitan saman itu dan memerintahkan perkara itu dibawa ke timbang tara.

Mahkamah Tinggi juga menolak permohonan AV Asia untuk perintah injunksi pada 27 Mei 2011.

Mahkamah Rayuan turut menolak rayuan AV Asia terhadap kedua-dua keputusan Mahkamah Tinggi itu.

AV Asia diwakili peguam Malik Imtiaz Sarwar dan R.S. Sodhi manakala Measat oleh Tan Sri Cecil Abraham. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan