Empat Lelaki Didakwa Guna Kekerasan Jenayah Terhadap Polis - Berita Mahkamah | mStar

Empat Lelaki Didakwa Guna Kekerasan Jenayah Terhadap Polis

Diterbitkan: Selasa, 28 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Empat lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang di sini, mengaku tidak bersalah menggunakan kekerasan jenayah terhadap anggota polis berhampiran Tasik Permai, Selasa lepas.

Ejen pengiklanan akhbar A.Albert, ejen insurans R.Senthil Mohan dan penarik kereta S.Arokianathan, yang masing-masing berusia 28 tahun, serta penjaga parkir P.Moonianday, 30, didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Besar, Tasik Permai, Ampang Jaya pada 1.45 pagi ketika anggota polis berkenaan menjalan tugas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mereka juga didakwa memiliki dua bilah parang di tempat dan waktu yang sama, mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Letupan Bahan-Bahan Kakisan Dan Letupan Dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun dan sebatan.

Arokianathan turut berdepan pertuduhan memiliki kad pengenalan individu lain.

Hakim Roszianayati Ahmad membenarkan semua tertuduh masing-masing diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan dan menetapkan 1 Oktober untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene manakala semua tertuduh kecuali Moonianday, diwakili peguam Tharamjit Singh. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan