Penganggur Didakwa Rompak, Tunjuk Senjata Api Kepada Mangsa - Berita Mahkamah | mStar

Penganggur Didakwa Rompak, Tunjuk Senjata Api Kepada Mangsa

Diterbitkan: Isnin, 27 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini Isnin atas tuduhan merompak dengan menunjukkan senjata api terhadap dua mangsa Jun lalu.

Mohamad Farok Wong, 26, berasal dari Gambang dekat sini dituduh melakukan kesalahan itu bersama dua lagi yang masih bebas terhadap Purna Musa dan Siti Khatijah Yassin di rumah tidak bernombor di Kampung Tanjung Cempaka, Paloh Hinai, Pekan pada 2.15 pagi, 11 Jun lalu.

Selain menunjukkan pistol jenis revolver .38 Smith and Wesson kepada kedua-dua mangsa, dia turut merompak telefon bimbit Nokia dan Axel, sebuah motosikal dan wang tunai RM450 daripada mangsa.

Dia dituduh mengikut Seksyen 4 Akta Senjata Api 1971 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang enam kali, jika sabit kesalahan.

Hakim Noradidah Ahmad tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh dan menetapkan 10 September depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Hidayatul Syuhada Shamsudin. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan