Suami Isteri Warga Iran, Seorang Lelaki Tempatan Didakwa Edar Dadah

Diterbitkan: Ahad, 26 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri warga Iran dan seorang rakyat tempatan pada Jumaat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini terhadap pertuduhan mengedar dadah jenis Methampetamine dengan anggaran berat 1.6 kilogram, dua minggu lepas.

Mohammad Nazari Fathollah, 26, dan isterinya Sahar Akbari Gholam Mohammad, 22, serta Lim Kok Keong, 46, seorang penganggur rakyat tempatan, bersama-sama didakwa mengedar dadah berbahaya jenis Methampetamine anggaran berat 1.6 kilogram (1,600 gram) di B-15-7, Kondominium Kiara 3, Jalan Kiara 3, Segambut, Brickfields di sini pada 9 pagi, 9 Ogos lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Semua tertuduh hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Inggeris di hadapan Majistret Azmil Muntapha Abas dan tiada pengakuan direkodkan.

Azmil Muntapha menetapkan 19 September depan untuk sebutan kes itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S.Malini Anne manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam Tania Scivetti. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan