Pengasuh Kanak-Kanak Didakwa Abai Bayi Hingga Sebabkan Kecederaan

Diterbitkan: Ahad, 26 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Seorang pengasuh kanak-kanak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap pertuduhan mengabaikan seorang bayi lelaki berusia enam bulan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.

G. Sarojaha, 48, didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Y. Meysshvin di Blok 6, Tingkat 4, Flat Mak Mandin, Seberang Perai Utara, di sini, antara pukul 10 pagi hingga 10.30 pagi, 15 Ogos lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dalam kejadian 10 pagi itu, Meysshvin yang melecur 70 peratus di muka dan badan sedang tidur apabila api dipercayai dari tempat sembahyang di rumah Sarojaha terjatuh lalu terbakar dan merebak ke seluruh rumah.

Ketika kejadian tertuduh dipercayai tiada di rumah kerana pergi ke pasar yang terletak di bawah rumahnya.

Bagaimanapun bayi itu diselamatkan oleh jiran yang terdengar tangisan bayi dari rumah terbabit.

Terdahulu, peguam yang mewakili tertuduh A. Ashok memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan dengan alasan tertuduh adalah suri rumah dan mempunyai tiga orang anak yang mana seorang daripadanya sedang menuntut di sebuah kolej.

Pendaftar Kanan Ahmad Faiz Md Zain membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 September ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Lim Saw Sim.- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan