Mahkamah Putuskan Permohonan Sapina Dr Mahathir Dan Dua Lagi Khamis ini

Diterbitkan: Ahad, 26 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menetapkan Khamis depan untuk keputusan sama ada membenarkan permohonan peguam Karpal Singh untuk mengeluarkan sapina terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, dalam permohonannya untuk membatalkan pertuduhan hasutan.

Hakim Datuk Azman Abdullah menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan daripada Karpal dan Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin.

Karpal dalam hujahnya berkata permohonannya tidak menyalahi proses mahkamah dan mahkamah harus menggunakan kuasanya dalam membenarkan permohonan itu.

Sementara itu, Karpal memberitahu mahkamah beliau telah memperoleh sapina terhadap Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara Datuk Kamaludin Md Said pada 15 Mei lepas.

Beliau berkata Kamaluddin disapina berhubung kenyataan beliau di mahkamah semasa permohonan semakan kehakiman oleh bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin pemerintah boleh dinamakan sebagai responden.

Sementara itu, Noorin berkata mahkamah harus menjalankan kuasa dengan betul dan tidak membenarkan badan kehakiman itu diperdaya oleh sesiapa.

"Semua saksi yang diminta menjadi sapina bukan saksi relevan dan tidak dapat membantu dalam kes pembelaan".

"Pembelaan harus menumpukan lebih membangkitkan di luar keraguan munasabah berhubung kes pendakwaan dan tiga saksi yang dipohon pihak pembelaan bukan saksi penting di dalam pertuduhan yang dihadapi tertuduh," hujah Noorin.

Beliau memohon mahkamah menolak permohonan Karpal dan mengetepikan sapina yang dikeluarkan terhadap Kamaluddin.

Pada 11 Jun 2010, Karpal Singh dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di akhir kes pendakwaan tanpa dipanggil membela diri terhadap pertuduhan mengeluarkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah di firma guamannya di Jalan Pudu Lama di sini antara 12 tengah hari dan 12.30 tengah hari, 6 Feb 2009.

Karpal Singh, 72, didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa pengguguran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar oleh Sultan Perak boleh dipersoal di mahkamah.

Pada 20 Jan lepas, panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Ahmad Ma'arop dengan Hakim-Hakim Datuk Clement Allan Skinner dan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali sebulat suara membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi dan memerintahkan pengerusi kebangsaan DAP itu membela diri.

Karpal Singh kemudian memfailkan kajian semula di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan berkenaan (20 Januari) tetapi beliau gagal selepas panel tiga anggota yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif pada 5 April lepas, menolak permohonan Karpal dengan menyatakan permohonan itu tidak mempunyai merit.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan