Lelaki Nigeria Dihukum Gantung Edar Dadah

Diterbitkan: Ahad, 26 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Mahkamah Tinggi di sini pada Ahad menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang lelaki warga Nigeria setelah didapati bersalah mengedar dadah tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman itu terhadap Moses Chinedu Nwosu, 50, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Moses seorang pemilik sebuah restoran di Bangkok, Thailand didakwa mengedar dadah jenis ganja seberat 14,302.6 gram di hadapan ruang legar Terminal Bas Shahab Perdana di sini pada 10.35 malam 25 Mac tahun lalu.

Tertuduh yang juga merupakan pelajar di sebuah universiti di Bangkok didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Dalam penghakimannya, Mohd Zaki berkata keterangan tertuduh merupakan penafian semata-mata dan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan.

"Tertuduh mengatakan bahawa beg hitam yang (mengandungi dadah) ditemui bersamanya adalah milik seorang lelaki Melayu yang menaiki teksi bersamanya dari Bukit Kayu Hitam ke Alor Setar.

"Bagaimanapun menurut keterangan saksi, tertuduh dilihat menarik beg hitam itu seorang diri dari kawasan parking ke dalam (terminal bas) dan anak kunci beg hitam itu ditemui dalam poket seluar tertuduh," kata Mohd Zaki.

Tertuduh yang sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak yang masih menetap di Bangkok, kelihatan tenang ketika hukuman dijatuhkan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Shuhada Mohd Yatim, manakala tertuduh diwakili peguam RSN Rayer. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan