Tujuh Sekeluarga Didakwa Sebabkan Kematian Kanak-Kanak Dalam Upacara Pemujaan

Diterbitkan: Jumaat, 17 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Sepasang suami isteri bersama lima anggota keluarga yang lain mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan menyebabkan kematian anak perempuan mereka dalam satu upacara pemujaan dua minggu lepas.

Chua Seng Ban, 35, dan Lim She Lee, 35, dituduh menyebabkan kematian Chua Wan Xuen, 3, dan mereka didakwa bersama-sama Chua Seng Hoo, 29, (bapa saudara mangsa), Ong Soh Guat, 67, (nenek), Loke Xin Lan, 21, (kakak), Chua Ah Luan, 40, (ibu saudara) dan seorang anak saudara lelaki mereka berusia 16 tahun.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu dalam satu upacara pemujaan di sebuah rumah dua tingkat milik keluarga itu di Taman Bukit Minyak, Bukit Tengah dekat sini pada 7.20 petang hingga 10.52 malam, 5 Ogos lepas.

Bagaimanapun, pembantu rumah keluarga itu yang pada awalnya turut direman kerana didakwa bersubahat menyebabkan kematian kanak-kanak itu dibebas daripada sebarang tuduhan dan menjadi saksi pendakwaan.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Seng Ban dan Shee Lee turut menghadapi tuduhan tambahan iaitu mendedahkan anak mereka dengan cara yang mungkin menyebabkan dia mengalami kecederaan fizikal dalam kejadian itu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana mendedahkan anak mereka kepada kecederaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Sohaimi Ibrahim menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh selain memohon mahkamah mengenakan jaminan tambahan RM10,000 kepada pasangan suami isteri terbabit untuk tuduhan tambahan.

Bagaimanapun, peguam Ang Chua Pua yang mewakili kesemua tertuduh mengemukakan rayuan berhubung jumlah jaminan tersebut dengan alasan kesemua tertuduh yang terdiri daripada satu keluarga itu akan hadir setiap kali perbicaraan kelak.

Hakim Amernudin Ahmad kemudiannya membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin RM4,000 setiap seorang dengan seorang penjamin manakala pasangan suami isteri itu dikenakan jaminan tambahan RM4,000 dan menetapkan 13 September ini untuk sebutan semula kes.

Kesemua tertuduh membayar wang jaminan itu. Mahkamah juga membenarkan permohonan pendakwa raya untuk menghantar Ah Luan mendapatkan rawatan di Hospital Tanjung Rambutan kerana dikatakan mengalami masalah kecelaruan fikiran. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan