Pusat Urut Haram: Pemilik Salun Didenda RM1,000

Diterbitkan: Khamis, 16 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gara-gara menjalankan pusat urut secara haram, seorang pemilik salun didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret pada Rabu.

Majistret Azmil Muntapha Abas menjatuhkan hukuman itu terhadap Chu Ming Keow, 56, selepas dia mengaku bersalah menjalankan pusat urut itu tanpa lesen sah daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Chu yang tinggal di Taman Intan Baiduri, di sini didakwa melakukan kesalahan itu di Italy Hair Dressing, Jalan Chow Kit, pada 4.30 petang, Selasa.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 3 Undang-Undang Kecil Establismen Kecantikan dan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2003 (Akta 103 Akta Kerajaan Tempatan) yang membawa hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Aisyah Ahmad memohon hukuman berbentuk pengajaran dikenakan terhadap tertuduh, namun Chu, yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan dengan alasan dia perlu menjaga tiga anaknya selepas berpisah dengan suami, sejak hampir 10 tahun. Di mahkamah sama, seorang pelajar kolej swasta mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan melakukan khianat dengan memecah cermin kereta milik seorang pemandu lori sehingga menyebabkan lelaki itu kerugian RM1,000.

Khairul Anuar Abdullah, 23, didakwa melakukan kesalahan itu terhadap K.Nadarajah, 51, di tempat letak kereta PPR Intan Baiduri, Sentul, di sini pada 11 malam, 9 Ogos lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 Okt ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aisyah manakala tertuduh tidak diwakili peguam. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan