Komando Tentera Didakwa Curi Minyak Wangi, Penggaris Mata

Diterbitkan: Khamis, 16 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang komando tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret pada Khamis terhadap pertuduhan mencuri minyak wangi dan penggaris mata di sebuah pasar raya, Selasa lepas.

Mohd Arif Hakimi Abdul Manan, 26, dari Kem Sungai Udang, Melaka didakwa mencuri sebotol minyak wangi dan dua batang penggaris mata kesemuanya bernilai RM77.70 milik Mydin Wholesale Emporium Holdings Bhd di Mydin Wholesale Emporium, Jalan Silang, Dang Wangi, di sini pada 6.15 petang, 14 Ogos lepas.

Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Cif Inspektor Nom Phot Prackdit menawarkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin.

Majistret Zaki Asyraf Zubir tidak membenarkan sebarang jaminan kerana tertuduh tiada penjamin dan menetapkan 10 September untuk sebutan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan