Penuntut Warga Nigeria Bebas Tuduhan Edar Kanabis

Diterbitkan: Rabu, 15 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penuntut warga Nigeria pada Rabu terselamat daripada hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskannya daripada pertuduhan mengedar 5,000 gram kanabis, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Su Geok Yiam membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan yang mewakili pelajar itu, Odemokpa Cornelius, 21, berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Dalam penghakimannya, Hakim Su berkata penuntut itu ketika membela diri memberitahu mahkamah bahawa dadah yang ditemui itu bukan miliknya tetapi dibawa oleh seorang individu lain yang dikenali sebagai "Ema".

"Tertuduh memberitahu bahawa dirinya tidak memiliki atau ada kawalan atau jagaan terhadap kedua-dua beg serta tidak mempunyai pengetahuan mengenai isi kandungan beg yang didakwa mengandungi ketulan mampat dadah jenis kanabis," katanya.

Menurutnya tertuduh adalah penuntut yang sah dan dia tidak datang ke negara ini semata-mata untuk menjalankan aktiviti yang melanggar undang-undang iaitu mengedar dadah.

Beliau juga berkata mahkamah mendapati keterangan saksi polis bercanggah dengan keterangan saksi pembelaan.

Selepas membacakan keputusannya, Hakim Su juga meminta pihak polis mengiringi tertuduh ke Jabatan Imigresen bagi tujuan memperbaharui pas sosial pelajarnya yang tamat tempoh.

Penuntut sebuah akademi di Ampang itu kelihatan tenang mendengar keputusan tersebut sambil memegang erat sebuah buku agamanya.

Odemokpa didakwa melakukan kesalahan itu di Pondok Polis Berjaya Times Square, Jalan Imbi, di sini mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta yang sama.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya P.Viknesvaran manakala tertuduh diwakili Datuk Jerald Gomez. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan