Khairy Tarik Balik Permohonan Rayuan

Diterbitkan: Rabu, 15 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini menarik balik permohonan untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan menolak rayuannya berhubung keputusan yang membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim meminda kenyataan tuntutannnya dalam saman yang dikemukakan terhadap beliau.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan, yang dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, membatalkan permohonan itu tanpa diperintah membayar kos.

Panel itu turut dianggotai Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, Hakim Datuk Hashim Yusoff, Hakim Datuk Ahmad Maarop dan Hakim Datuk Seri Sulong Matjeraie.

Terdahulu, peguam Sarah Abishegam, yang mewakili Khairy, memberitahu mahkamah bahawa pemohon ingin menarik balik permohonan berkenaan tanpa diperintah membayar sebarang kos.

Peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili Anwar, tidak membantah permohonan itu.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Gobind berkata berikutan perkembangan itu, kenyataan tuntutan Anwar, yang mengandungi pindaan, tidak mempunyai sebarang perubahan.

Pindaan yang dibuat terhadap kenyataan tuntutan itu ialah berkaitan dakwaan perkataan berbaur fitnah yang diucapkan Khairy.

Pada 14 Mac, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Khairy berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak rayuannya.

Pada 18 Mac tahun lepas, Mahkamah Tinggi menolak rayuan Khairy untuk mengetepikan keputusan Penolong Kanan Pendaftar mahkamah itu yang membenarkan Anwar meminda kenyataan tuntutannya.

Anwar memfailkan saman sivil terhadap Khairy pada 7 Sept, 2007 dengan mendakwa Khairy, yang merupakan Timbalan Ketua Pemuda Umno ketika itu, memfitnahnya (Anwar) pada satu majlis politik di Kuala Kangsar, Perak, pada Ogos 2007.

Ketua Pembangkang itu mendakwa kenyataan berbaur fitnah berkenaan dituturkan oleh Khairy dan disiarkan media cetak dan elektronik negara ini pada 3 Ogos, 2007.

Mahkamah Tinggi menetapkan tiga hari, bermula 15 Januari tahun depan, untuk mendengar saman itu. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan