Dipenjara Empat Hari, Denda RM400 Halang Tugas Polis

Diterbitkan: Rabu, 15 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga lelaki masing-masing dipenjara empat hari dan didenda RM400 oleh Mahkamah Majistret di sini Rabu selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan menghalang pegawai polis menjalankan tugas, Sabtu lepas.

Majistret Siti Shakirah Mohtarudin memerintahkan R.Ganesh, 23, Amar Norazrin, 18, dan Kamal Norazrin, 22, menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh mereka ditangkap 11 Ogos lepas.

Mahkamah memerintahkan Ganesh, Amar dan Kamal menjalani hukuman penjara 15 hari jika mereka gagal membayar denda tersebut.

Mereka yang masing-masing bekerja sebagai kelindan lori, buruh dan penjaga tempat letak kereta didakwa bersama dengan sengaja menghalang Inspektor M.Sathiyaseelan daripada melakukan tugasnya di hadapan Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Pintasan Segambut, Jinjang Sentul di sini pada 10 malam, 11 Ogos lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Ganesh mengaku bersalah terhadap satu lagi pertuduhan mengugut Sathiyaseelan dengan mengancam hendak mendatangkan bencana ke atasnya pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara empat hari dan denda RM800 atau penjara sebulan bagi pertuduhan itu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Zuraimi Kamarozzaman manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam Ahmad Ridza Mohd Noh. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan