Kumpulan Anti Lynas Pohon Saman Fitnah Dipindah Ke Mahkamah Tinggi Kuantan

Diterbitkan: Selasa, 14 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan anti Lynas, 'Save Malaysia, Stop Lynas' (SMSL) memohon agar saman fitnah Lynas Corporation Limited dan Lynas Malaysia Sdn Bhd terhadapnya, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuantan.

Peguam Datuk Bastian Pius Vendargon, yang mewakili SMSL, memberitahu pemberita permohonan itu difailkan awal bulan ini.

"Mahkamah menetapkan 26 Sept ini bagi mendengar permohonan itu," katanya selepas bertemu Hakim Datuk John Louis O'Hara dalam kamar ketika kes itu disebut untuk pengurusan Selasa.

Pada 19 April lepas, Lynas Corporation of Sydney, Australia dan Lynas Malaysia menyaman SMSL Sdn Bhd, dua pengarahnya, Tan Bun Teet dan Lim Sow Teow serta tiga sukarelawan iaitu Hang Chong Leung, Lee Chow Fong dan Ismail Abu Bakar, berhubung satu artikel memfitnah yang disiarkan blog kumpulan itu pada 22 Mac lepas.

Antara lain, Lynas memohon mahkamah memerintahkan defendan mengeluarkan artikel bertajuk 'Civil Society Organisations Joint Statement on Lynas Issue: SMSL Malaysian NGO statement Against Lynas' daripada blognya sehingga kes saman itu selesai.

Selain itu, Lynas memohon perintah injunksi bagi menghalang defendan daripada terus menyiarkan artikel tersebut.

Pada 26 Julai lepas, Hakim O'Hara menolak permohonan Lynas untuk mendapatkan perintah injunksi dan memutuskan bahawa mahkamah tidak boleh merumuskan sama ada artikel itu bersifat memfitnah atau sebaliknya, sehingga mendengar keterangan pada perbicaraan penuh kes tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan