Dua Sahabat Dihukum Penjara Sehari, Denda RM1,000 Kerana Mencuri

Diterbitkan: Selasa, 14 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua sahabat, masing-masing dipenjara sehari dan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku mencuri pakaian di sebuah pasar raya, Sabtu lepas.

Majistret Azmil Muntapha Abas turut memerintahkan Surizah Davie Sofwan, 21, dari Miri, Sarawak dan Noor Najihah Adnan, 21, dari Sungai Petani, Kedah, menjalani hukuman penjara dua bulan jika mereka gagal membayar denda.

Surizah didakwa mencuri sehelai seluar panjang dan lima helai baju yang kesemuanya bernilai RM449.65 milik Pasaraya Sogo manakala Noor Najihah mencuri tiga helai seluar panjang dan tiga helai kemeja yang kesemuanya bernilai RM449.55 milik pasaraya sama.

Kedua-dua pelajar sebuah kolej di sini didakwa melakukan kesalahan itu di Pasaraya Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 5.50 petang, 11 Ogos lepas mengikut Seksen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aisyah Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan