Bekas Pekerja Bank Didenda RM8,000 Pindah Wang Tanpa Kebenaran

Diterbitkan: Selasa, 14 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang bekas pekerja bank didenda RM8,000 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa setelah mengaku bersalah terhadap pertuduhan memindahkan wang RM40,000 milik pelanggan sebuah bank ke akaun pelanggan lain tanpa kebenaran, tahun lepas.

Majistret Nazri Omran menjatuhi hukuman tersebut terhadap Arokia Martin Junior, 32, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah atas pertuduhan itu.

Arokia, bekas pekerja bank HSBC, didakwa bersama-sama dua lagi tertuduh, telah memindahkan wang ke dalam akaun milik Jason Chan Ling Khee, 41, ke dalam akaun milik Hamzah Abdullah, 35, kedua-duanya pelanggan bank HSBC.

Sebelum ini, dua lagi tertuduh, Moh Eh Loon, 34, dan Chong Soon Loong, 25, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu dan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan menjatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara empat bulan ke atas Moh dan penjara tujuh bulan terhadap Chong.

Arokia, bapa dua anak, didakwa melakukan kesalahan itu di HSBC Bank Malaysia Bhd, Ground Floor Wisma UEP, Jalan USJ 10/1A Subang Jaya, pada 1.31 tengah hari, 24 Ogos 2011.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda maksimum RM150,000 atau penjara sepuluh tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam Esther Tan yang mewakili Arokia memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya melakukan kesalahan itu kerana mempunyai masalah kewangan dan memohon agar mahkamah menjatuhi hukuman denda.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Yahya memohon agar hukuman setimpal dikenakan terhadap Arokia kerana kesalahan itu akan memberi kesan kepada masyarakat dan mengurangkan kepercayaan mereka terhadap sistem perbankan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan