Penjual Nasi Lemak Mengaku Tidak Bersalah Rompak RM6,000

Diterbitkan: Jumaat, 10 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penjual nasi lemak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Khamis terhadap pertuduhan merompak wang tunai berjumlah RM6,000 milik seorang suri rumah, bulan lepas.

Lin Ye Mun, 25, dari Selayang, bersama seorang lagi yang masih bebas, didakwa melakukan rompakan secara berkumpulan terhadap Khadijah Abdullah, 36, dengan mengambil beg pinggangnya yang mengandungi wang tunai RM6,000 di Blok 4-2-1, Taman Desa Bakti, Sentul pada 10.30 malam, 27 Julai lepas.

Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Shashitah Mohd Hanifa menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

Lin, yang tidak diwakili peguam memohon jaminan dikurangkan dengan alasan dia tidak terlibat dengan kes itu.

"Saya hanya diminta oleh pihak polis bagi membantu siasat kes ini, tetapi saya pula dituduh di mahkamah. Orang yang terlibat adalah abang angkat saya yang kini belum ditemui," katanya.

Hakim S.M. Komathy Suppiah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran tiga minggu sekali.

Mahkamah menetapkan 10 September untuk sebutan semula kes. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan