Kerajaan Bantah Permohonan Peguam Batalkan Notis SPRM

Diterbitkan: Jumaat, 10 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengemukakan bantahan awal terhadap permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman yang difailkan dua peguam untuk membatalkan notis oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan kes membabitkan National Feedlot Corporation (NFC).

Permohonan itu didengar pada Khamis dalam kamar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Abang Iskandar Abang Hashim.

Peguam Kanan Persekutuan Effandi Nazila Abdullah mewakili responden manakala peguam R.Sivarasa mewakili kedua-dua peguam itu, Latheefa Koya dan Murnie Hidayah Anuar.

Kedua-dua peguam itu dalam permohonan mereka menamakan SPRM, kerajaan Malaysia dan penolong penguasa SPRM Suziana Ali sebagai responden.

Latheefa dan Murnie Hidayah mendakwa notis bertarikh 19 Mac yang dikeluarkan oleh SPRM itu meminta mereka yang mewakili Datuk Shamsubahrin Ismail, supaya hadir di ibu pejabat SPRM Putrajaya pada 23 Mac lepas bagi membantu siasatan kes rasuah pengarah eksekutif NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.

Mereka berkata mereka telah diberikan notis itu setelah mereka hadir bersama dan menemani Shamsubahrin ke pejabat SPRM pada hari sama, 19 Mac.

Shamsubahrin telah memberi keterangan beliau terhadap siasatan kes rasuah Mohamad Salleh.

Notis tersebut juga menyatakan bahawa kegagalan mematuhi notis itu, mereka telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 48(c) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 69 akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

Mereka mendakwa notis itu adalah tidak sah dan melanggar peruntukan 5(2), Perlembagaan Persekutuan.

Sementara itu di luar mahkamah, Effandi Nazila memberitahu media bahawa mahkamah akan membuat keputusan berhubung bantahan itu pada 3 September.

Katanya pihak kerajaan membantah permohonan kedua-dua peguam itu atas alasan notis dari SPRM itu tidak boleh disemak kerana ia bukan keputusan.

Sementara Sivarasa berkata anak guamnya mahu membatalkan notis itu oleh kerana ia penyalahgunaan kuasa. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan