Saman Fitnah RM100 Juta Anwar-Khairy Akan Dibicarakan - Berita Mahkamah | mStar

Saman Fitnah RM100 Juta Anwar-Khairy Akan Dibicarakan

Diterbitkan: Khamis, 9 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini Khamis memerintahkan saman RM100 juta yang dikemukakan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Panel tiga hakim mahkamah itu, yang diketuai Hakim Datuk Ramly Ali, sebulat suara menolak rayuan Khairy agar saman itu diketepikan.

Hakim Ramly berkata mengikut Peraturan Mahkamah Tinggi, kes itu tidak wajar diketepikan.

"Kes ini perlu dibicarakan kerana terdapat beberapa ketidakpastian mengikut Seksyen 43 Akta Bukti," katanya.

Khairy mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 21 Disember tahun lepas yang menolak permohonannya untuk mengetepikan saman fitnah itu.

Beliau memohon mengetepikan saman berkenaan dengan memberi alasan bahawa saman sivil itu bersifat remeh, menyusahkan dan menyalahguna proses mahkamah.

Panel itu, yang turut dianggotai Hakim Datuk Zaharah Ibrahim dan Hakim Anantham Kasinater, memerintah Khairy membayar RM10,000 kos guaman kepada Anwar.

Peguam Datuk Sulaiman Abdullah yang mewakili Anwar memberitahu pemberita bahawa Mahkamah Tinggi menetapkan 14 November dan 20 November untuk perbicaraan saman itu.

Pada 7 Mac 2008, Anwar, yang genap berusia 65 tahun, Jumaat memfailkan saman terhadap Khairy, dengan mendakwa Khairy yang ketika itu Timbalan Ketua Pemuda Umno, mengeluarkan kata berbaur fitnah dan menyebabkan klip video bertajuk 'Anwar and kin no threat' disiarkan dalam laman web, termasuk Malaysiakini.com.

Ketua pembangkang itu juga mendakwa klip video dalam Malaysiakini.com mengandungi kata-kata yang diucapkan Khairy pada satu ceramah di Lembah Pantai, di sini pada atau kira-kira pada 20 Februari 2008.

Dalam pernyataan bela diri yang difailkan pada 8 Oktober 2010, Khairy berkata beliau bersandar pada pembelaan justifikasi dan perlindungan bersyarat.

Khairy diwakili peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah. - BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan