Penganggur Didenda RM3,000 Halang Tugas Penjawat Awam

Diterbitkan: Khamis, 9 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NIBONG TEBAL: Seorang penganggur didenda RM3,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini Khamis kerana menghalang tugas penjawat awam pada 5 Ogos lepas.

Majistret Mohamed Aznin Mohamed Ariff menjatuhi hukuman itu terhadap M. Moganadass, 19, yang mengaku salah setelah pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Dia dituduh membaling topi keledar ke arah cermin hadapan kereta peronda polis dengan niat menghalang tugas seorang anggota polis, Murat Muhamad Yusof yang sedang melakukan rondaan.

Kesalahan itu dilakukan 5 Ogos lepas pada pukul 1.15 pagi di Jalan Jawi Jaya 7, Taman Jawi Jaya, Sungai Jawi, Nibong Tebal.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Sariza Ismail manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan