Pegawai Polis Dipenjara Lima Tahun, Denda RM20,000 Terima Rasuah

Diterbitkan: Khamis, 9 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang pegawai polis berpangkat ASP dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini Khamis selepas didapati bersalah menerima rasuah RM4,000 bagi meringankan pertuduhan terhadap seorang wanita yang ditahan kerana memiliki dadah, dua tahun lepas.

Hakim Mat Ghani Abdullah menjatuhi hukuman itu selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

ASP Azmi Abdullah, 54, yang kini digantung tugas sebagai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang juga boleh dipenjarakan 10 bulan lagi sekiranya dia gagal membayar denda.

Mat Ghani bagaimanapun membenarkan permohonan tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi tetapi mengarahkan Azmi membayar denda itu.

Beliau turut mengekalkan wang jaminan RM8,000 yang ditetapkan sebelum ini.

Pegawai polis itu membayar denda.

Azmi didakwa menerima suapan wang tunai itu daripada Ng Zho Wei sebagai dorongan untuk menukar pertuduhan kepada lebih ringan ke atas rakannya, Mong Lin Chi.

Mong ditangkap kerana memiliki satu tiub straw berisi dadah jenis ketamin mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan tertuduh diminta menukar keputusan ujian saringan air kencing daripada positif dadah kepada negatif menurut seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

Azmi didakwa melakukan perbuatan itu di bilik pejabatnya di Bahagian Siasatan Narkotik, IPD Serdang, Seri Kembangan dekat sini pada 7.05 malam, 26 November 2010.

Dia didakwa mengikut seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan dihukum mengikut seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, atau mana yang lebih tinggi.

Seramai 12 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM Nik Haslinie Hashim manakala Azmi diwakili peguam Salim Bashir. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan