Mahkamah Rayuan Kekal Perintah Berkelakuan Baik Ke Atas Noor Afizal

Diterbitkan: Khamis, 9 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pemain boling tenpin handalan kebangsaan Noor Afizal Azizan terselamat daripada hukuman penjara apabila Mahkamah Rayuan membenarkan permohonannya bagi mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen membebaskannya dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun dengan ikat jamin RM25,000 kerana merogol gadis bawah umur.

Panel tiga hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Raus Md Sharif sebulat suara mengetepikan tempoh penjara lima tahun yang dikenakan ke atas Noor Afizal oleh Mahkamah Tinggi Melaka kerana membenarkan rayuan pendakwaan bagi meningkatkan hukuman.

Dalam keputusannya, Raus bersetuju dengan peguam Noor Afizal, Hisyam Teh Poh Teik bahawa kepentingan awam tidak akan dilaksanakan jika Noor Afizal dihantar ke penjara memandangkan dia mempunyai masa depan yang baik.

Hakim-hakim Mahkamah Rayuan Datuk K.N.Segara dan Datuk Azhar Ma'ah adalah dua lagi hakim yang bersidang sebagai panel.

Pada 5 Julai tahun lepas, Mahkamah Sesyen Melaka melepaskan Noor Afizal dengan bon jaminan berkelakuan baik selama lima tahun bernilai RM25,000 dengan seorang penjamin selepas mengaku salah merogol seorang gadis bawah umur di sebuah hotel di Ayer Keroh, Melaka antara 12.30 pagi dan 5 pagi pada 5 Jun, 2009.

Mahkamah Sesyen dalam perintahnya itu menimbang beberapa faktor termasuk ia adalah hubungan seksual tanpa paksaaan antara dia dan gadis itu.

Dia dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi Melaka pada 20 Sept tahun lepas yang membenarkan rayuan dibuat oleh pihak pendakwaan yang tidak puas hati dengan keputusan Mahkamah Sesyen untuk mengikat jaminnya.

Dia dibenar ikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin sehingga rayuannya kepada Mahkamah Rayuan.

Noor Afizal mewakili negeri Sembilan antara 2004-2010 dan pada masa sama mewakili Malaysia dalam kategori remaja selama lima tahun antara 2004-2008. Dia juga bertanding dalam kejohanan terbuka antarabangsa Thailand, April lalu.

Dia dijangka meakili Kedah dalam beberapa kejohanan akan datang seperti kejohanan terbuka antarabangsa Kuala Lumpur 2012. Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nadia Hanim Mohd Tajuddin. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan