Tukang Urut Dipenjara Setahun & Denda RM300,000 Kerana Menipu

Diterbitkan: Rabu, 8 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Rabu telah menjatuhkan hukuman penjara setahun dan denda RM300,000 atau penjara lima tahun ke atas seorang pengurut kaki setelah didapati bersalah menipu seorang peniaga RM392,000.

Hakim Mat Ghani Abdullah menjatuhkan hukuman penjara dan denda ke atas Yap Ah Bian, 63, setelah pihak pembelaan gagal membuktikan kes pendakwaan melampaui keraguan munasabah.

Yap didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana memperdaya Lim Lea Moi, 46, supaya menyertai pelaburan restoran yang menawarkan pulangan lumayan sehingga mendorong peniaga itu menyerahkan kepada beliau wang itu di hadapan Standard Chartered Bank, Meru, Klang di antara 29 Mei 2009 dan 27 Januari 2010.

Peguambela Yap, CK Kang memohon kepada mahkamah supaya anak guamnya dikenakan hukuman yang minimum iaitu penjara sehari dan denda RM10,000.

Di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan Yap boleh dipenjara maksimum 10 tahun dan dikenakan denda.

Kang merayu supaya hukuman itu diringankan memandangkan antara lain Yap dan suaminya kini tidak bekerja dan ditanggung oleh tiga orang anak-anaknya. Yap juga dikatakan mengalami masalah jantung dan lemah otot.

Beliau juga memohon supaya mahkamah menangguhkan pelaksanaan kedua-dua hukuman ke atas anak guamnya dan meminta supaya nilai jaminan dikekalkan.

Timbalan Pendakwa raya Mohd Fuad Abdul Aziz berkata, pihak pembelaan tidak pernah mengemukakan bukti seperti laporan perubatan dan masalah kesihatan tertuduh.

Mat Ghani kemudian membenarkan permohonan untuk menangguhkan kedua-dua hukuman sementara menunggu rayuan dan mengarahkan jaminan ditambah sehingga RM30,000 daripada asal RM10,000.- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan