Tiga Rakan Dipenjara Sebulan, Denda RM100 Lakukan Perniagaan Gores & Menang

Diterbitkan: Rabu, 8 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga sekawan masing-masing dipenjara sebulan dan didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret di sini,. Khamis selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan menjalankan perniagaan peraduan 'gores dan menang' tanpa lesen.

Majistret Mohd Azali Ibrahim memerintahkan ketiga-tiga lelaki itu, Lee Seng Hong, 19, Yap Kian Wee, 22, dan Chong Hoo Jie, 19, menjalani hukuman itu dari tarikh mereka ditangkap, iaitu semalam.

Mereka bersama-sama didakwa menjalankan perniagaan peraduan gores dan menang tanpa lesen di Jejantas Mid Valley, Lingkaran Syed Putra, Brickfields di sini pada 2 petang 7 Ogos.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman penjara maksimum sebulan dan denda maksimum RM100 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam Nur Ain Jaafar, yang mewakili ketiga-tiga lelaki itu, memohon mahkamah menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara ke atas anak guamnya sementara menunggu rayuan namun Timbalan Pendakwa Raya Norman Mohd Nasir membantah permohonan itu. Mohd Azali membenarkan permohonan itu dan menetapkan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin dikenakan terhadap setiap tertuduh.

Dalam kes berasingan di mahkamah sama, seorang operator pengeluaran wanita sebuah kilang mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mencuri pelbagai barangan dari sebuah pasar raya, Ahad lepas.

Santy Natalia Mohamadia, 30, didakwa mencuri 24 barangan antaranya baju, seluar, kasut, beg tangan dan dompet yang kesemuanya bernilai RM1,935.29 milik Pasaraya Sogo di tingkat bawah Pasaraya Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Dang Wangi di sini pada 4 petang, 5 Ogos lepas.

Dia yang diwakili peguam A.Krishnaveni didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.

Mohd Azali membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 Ogos untuk sebutan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan