Peguam Kamar Ainiah Mohon Maaf Atas Kenyataannya Terhadap Zainul Rijal

Diterbitkan: Rabu, 8 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peguam Kamar Ainiah Kamaruzaman yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes qazaf pada Rabu memohon maaf berhubung kenyataannya terhadap Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.

Kamar Ainiah membacakan perintah persetujuan itu secara terbuka di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Vazeer Alam Mydin Meera untuk direkodkan dengan disaksikan peguam Azhar Arman Ali yang mewakili Kamar Ainiah, Zainur Rijal serta peguam Datuk Mohd Haaziq Pillay dan Nizam Bashir bagi pihak Zainur Rijal.

Kamar Ainiah berkata permohonan maaf tersebut berkaitan dengan kenyataan yang dikeluarkannya ketika ditemubual oleh wartawan di kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 18 Ogos tahun lepas berkaitan dengan kes qazaf terhadap bekas pembantu peribadinya Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Ketika itu Zainur Rijal mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Datuk Che Mat Che Ali.

Selain Kamar Ainiah, firma guamannya Tetuan Kamar Ainiah, Raziff & Zashidi yang dinamakan sebagai defendan kedua turut memohon maaf.

"Kami (Kamar Ainiah dan firma guamannya) telah menyatakan beberapa perkara dan kami juga telah menyatakan beberapa perkara itu kepada media berhubung plaintif pada hari berkenaan. Kami mengaku kami tidak ada asas untuk menyokong dakwaan yang dibuat.

"Oleh yang demikian, kami memohon maaf, tanpa sebarang keraguan dan melahirkan rasa kesal penuh ikhlas kepada plaintif bagi sebarang tekanan mental, kerugian dan penderitaan yang ditanggung beliau dan sebarang syak wasangka yang mungkin timbul dan atau berbangkit terhadapnya sebagai akibat daripada dakwaan-dakwaan tersebut.

"Bagaimanapun, permohonan maaf ini tidak boleh digunakan dalam prosiding syariah yang difailkan oleh anak guam kami," kata Kamar Ainiah.

Pada 13 Feb lepas, Zainul Rijal memfailkan saman fitnah terhadap Kamar Ainiah dan firma dengan menuntut RM10 juta.

Dalam pernyataan tuntutannya, Zainul Rijal mendakwa Kamar Ainiah membuat kenyataan fitnah ketika ditemui wartawan untuk memburuk-burukkan imejnya sebagai peguam dan ahli perniagaan.

Selepas Kamar Ainiah selesai membacakan kenyataannya, Vazeer memuji langkah yang dibuat oleh kedua-dua pihak yang menyelesaikan secara baik dalam bulan Ramadan. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan