Mahkamah Rayuan Kekal Hukuman Penjara Lima Tahun Terhadap Bekas Pengurus Besar Dari Singapura

Diterbitkan: Rabu, 8 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan pada Rabu menolak rayuan bekas seorang pengurus besar dari Singapura dan mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan ke atasnya oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang atas dua pertuduhan pecah amanah berkaitan dengan RM1.826 juta milik sebuah syarikat pada 2002.

Panel tiga hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif juga menolak rayuan balas pendakwaan untuk mengembalikan hukuman yang dikenakan Mahkamah Sesyen terhadap rakyat Singapura Shanmugam Chandra Mohan, 60, dan bekas ketua seksyen kewangan Escatech Electronics Sdn Bhd Tan Su Weng, 48.

Tiada asas diberikan bagi kedua-dua penolakan itu oleh panel hakim yang juga terdiri daripada Hakim Datuk K.N.Segara dan Datuk Ahzar Ma'ah.

Mahkamah Sesyen menjatuhi hukuman penjara tujuh tahun ke atas Shanmugam atas pertuduhan pertama dan 10 tahun atas pertuduhan kedua.

Sebaliknya, Tan dipenjara lima tahun atas pertuduhan pertama dan enam tahun atas pertuduhan kedua. Tan juga diperintahkan dikenakan enam sebatan.

Di Mahkamah Tinggi, hukuman itu dikurangkan kepada lima dan tiga tahun bagi Shanmugam, dan empat dan dua tahun bagi Tan.

Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman sebatan terhadap Tan dan memerintahkan kedua-dua perayu menjalani hukuman serentak.

Bagi pertuduhan pertama, kedua-duanya, yang diamanahkan dengan akaun semasa syarikat di cawangan HSBC Bhd Lebuh Downing di Pulau Pinang dan dibenarkan menggunakan sistem heksagon yang diwujudkan syarikat, dituduh bersama-sama melakukan jenayah pecah amanah berkenaan dengan RM627,379.45 dengan memindahkan jumlah itu dari akaun semasa syarikat di cawangan Lebuh Downing ke dalam akaun Shanmugam di cawangan HSBC Bayan Baru, di premis syarikat di Zon Perdagangan Bebas III di Bayan Baru antara 17 Jan, 2001 dan 3 Januari, 2002.

Shanmugam dan Tan, yang merupakan penandatangan yang dibenarkan, juga dituduh secara tidak jujur mengeluarkan sekeping cek RM1,199,212.80 dari akaun semasa syarikat di cawangan HSBC Lebuh Downing bagi bayaran kepada Shanmugam, di premis yang sama, antara 8 Ogos, 2001 dan 14 Mei, 2002.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 20 tahun dan dengan sebatan dan juga boleh didenda jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding hari ini, kedua-dua perayu diwakili R.Sankra Krishna, manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Awang Armadajaya Awang Mahmud. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan