Dua Lelaki Didakwa Sebabkan Kematian Kerani Wanita Di Melaka

Diterbitkan: Rabu, 8 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mohd Sufian Abu, 24, (kanan) bersama seorang remaja berusia 17 tahun diiringi pegawai polis ke Mahkamah Sesyen di Melaka atas tuduhan menyebabkan kematian seorang kerani wanita pada sebulan lepas.
Mohd Sufian Abu, 24, (kanan) bersama seorang remaja berusia 17 tahun diiringi pegawai polis ke Mahkamah Sesyen di Melaka atas tuduhan menyebabkan kematian seorang kerani wanita pada sebulan lepas.

MELAKA: Dua lelaki termasuk seorang remaja berusia 17 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas tuduhan menyebabkan kematian seorang kerani wanita pada sebulan lepas.

Mohd Sufian Abu, 24, dan remaja itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

Mereka didakwa menyebabkan kematian Tang Mui Choo, 35, di Jalan Batu 2 3/4 Kampung Balai Panjang, Melaka Tengah di sini kira-kira 8 pagi, 7 Julai lepas, mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Hakim Zaharah Hussain membenarkan kedua-dua tertuduh, masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Sept depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Safri Mohammed Na'aim manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan