Saman Fitnah Anwar Terhadap Khairy Dibicara 15 Januari - Berita Mahkamah | mStar

Saman Fitnah Anwar Terhadap Khairy Dibicara 15 Januari

Diterbitkan: Selasa, 7 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa menetapkan tiga hari mulai 15 Januari tahun depan untuk perbicaraan kes saman fitnah yang difailkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berhubung ceramah politik di Kuala Kangsar, Perak.

Hakim Datuk Su Geok Yiam menetapkan demikian di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam S Prakash mewakili Anwar dan Sarah Abishegam mewakili Khairy.

Prakash memberitahu pemberita bahawa pihaknya akan memanggil tiga orang saksi.

Anwar memfailkan saman itu pada 7 September 2007 yang mendakwa Khairy, ketika itu Timbalan Ketua Pemuda Umno, memfitnahnya pada Ogos 2007 dalam satu majlis politik di Kuala Kangsar, Perak.

Anwar mendakwa kenyataan berbaur fitnah itu disiarkan media cetak dan elektronik di negara ini pada 3 Ogos 2007. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan