Pesara Harap Pihak Berkuasa Segera Putuskan Keputusan Penghakiman

Diterbitkan: Isnin, 6 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pesara, Dickson Ng Sek Wah, 61, berharap pihak berkuasa akan dapat memutuskan berhubung keputusan penghakiman RM1.43 juta yang dianugerahkan kepadanya oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada November 2010 memandangkan kes asalnya berlarutan lebih daripada 15 tahun.

Hakim Datuk Hinshawati Shariff memberikan award itu kepada Ng selepas dia menyaman lapan pegawai polis termasuk Ketua Polis Negara dan kerajaan atas tangkapan yang menyalahi undang-undang dan dipenjara secara salah pada 1997.

Dia ditahan untuk siasatan kerana mengimport sub-mesingan dari Finland tanpa lesen pistol yang sah.

Ng, yang bekerja dengan sebuah syarikat penghantaran pada masa itu, berkata dia hanya membantu sebuah lagi syarikat dalam pengimportan senjata itu sebagai satu sampel utuk menyertai tender terbuka yang dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri bagi pihak polis.

Semasa tempoh tahanan itu, Ng berkata dia mengalami kecederaan serius termasuk hilang mata sebelah kiri dan kemudiannya memfailkan saman sivil untuk menuntut ganti rugi terhadap defendan-defendan itu pada 2000.

Berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam dua tahun lalu itu, Pejabat Peguam Negara kemudian memfailkan rayuan bagi penggantungan pelaksanaan award itu.

Selepas itu, Ng juga memfailkan hujahan terhadap penangguhan pelaksanaan atas alasan bahawa mahkamah tidak boleh merampas pihak yang berjaya dalam litigasinya sehingga rayuannya diputuskan melainkan pihak yang tidak berjaya tidak boleh menunjukkan hal keadaan yang khusus untuk mewajarkannya.

Ng, yang berkata dia memerlukan wang itu untuk rawatan perubatan kerana kecederaan dan usia tua berharap pihak berkuasa akan melihat keadaannya yang menyedihkan.

Beliau juga telah menulis surat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri G. Palanivel, untuk membantu kerana menteri itu bertanggungjawab bagi Biro Pengaduan Awam. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan