Mahkamah Rayuan Kekalkan Keputusan Haram Buku - Berita Mahkamah | mStar

Mahkamah Rayuan Kekalkan Keputusan Haram Buku

Diterbitkan: Isnin, 6 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini pada Isnin mengekalkan keputusan mahkamah tinggi yang menolak permohonan pengarang sebuah buku mengenai pergaduhan ganas 2001 di Kampung Medan bagi membatalkan keputusan Menteri Dalam Negeri mengharamkan buku itu.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Seri Apandi Ali memutuskan bahawa perayu telah mengemukakan hujah dan isu serupa di mahkamah tinggi.

"Kami sebulat suara berpendapat bahawa tidak ada sebab untuk mengganggu keputusan mahkamah tinggi oleh itu rayuan ditolak," kata Apandi.

Hakim itu juga memberitahu peguam perayu, Edmund Bon, bahawa alasan penghakiman akan disediakan dalam tempoh sewajarnya. Dua lagi anggota panel ialah Hakim Datuk Linton Albert dan Datuk Mokhtaruddin Baki.

Pada 23 Februari 2007, peguam K.Arumugam yang dulunya jurutera memfailkan permohonan bagi semakan kehakiman supaya diisytiharkan batal dan tidak sah perintah kerajaan pada 21 Nov, 2006, yang melarang penerbitan, penjualan dan pengedaran buku itu atas alasan ia mengancam keselamatan negara.

Dalam permohonannya, Arumugam, 53, yang sekarang pengerusi Suaram menamakan menteri dalam negeri dan timbalan menteri dalam negeri serentak dan juga kerajaan Malaysia sebagai responden.

Mereka diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bol Hassan. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan