Bekas Setiausaha Syarikat Pelaburan Dipenjara 12 Bulan Salah Guna Cek

Diterbitkan: Isnin, 6 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas setiausaha syarikat pelaburan dipenjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin selepas mengaku bersalah terhadap 13 pertuduhan menyalahgunakan 13 cek milik syarikat dan majikan berjumlah lebih RM16,000, tahun lepas.

Majistret Azmil Muntapha Abas menjatuhi hukuman itu terhadap Suzana Zainuddin, 39, selepas dia menukar pengakuannya kepada bersalah hari ini.

"Mahkamah mengambil kira kepentingan awam, pengakuan salah tertuduh dan mengambil kira keterangan mangsa mengikut Seksyen 173 (m)(ii) Kanun Prosedur Jenayah. Oleh itu, hukuman berbentuk pengajaran layak dikenakan terhadap tertuduh," katanya.

Suzana dikenakan hukuman penjara 12 bulan bagi setiap pertuduhan dan mahkamah memerintahkannya menjalani hukuman itu secara serentak dari tarikh dia ditangkap pada 27 Februari lepas.

Bagi 13 pertuduhan itu, Suzana didakwa dengan curang menyalahgunakan lapan keping cek Maybank yang kesemuanya bernilai RM11,181.10 milik Syarikat Azzalyn Entertainment Sdn Bhd dan lima keping cek bernilai RM5,808 milik Datin Maslinda Nezri, 40, yang merupakan pengarah bersama Syarikat Hawa Ghazali Holdings Sdn Bhd, dengan melunaskan cek tersebut ke dalam akaun Maybank miliknya.

Ibu lima anak yang berasal dari Ipoh, Perak, didakwa melakukan kesalahan itu di Hawa Ghazali Holdings Sdn Bhd, Bunglow No.6, Jalan Taman U-Thant, Taman U-Thant, Cheras di sini antara 8 Mac 2011 dan 30 September 2011.

Dia didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan dengan sebat, jika sabit kesalahan.

Syarikat Hawa Ghazali Holdings Sdn Bhd adalah syarikat bersama Maslinda dan suami, Datuk Ali Ghazali manakala Syarikat Azzalyn Entertainment Sdn Bhd adalah milik suami Maslinda.

Terdahulu, peguam pemerhati Datuk Haaziq Pillay yang mewakili pengadu, Maslinda memohon mahkamah membenarkan pengadu untuk memberi keterangan mengikut Seksyen 173 (m)(ii) Kanun Prosedur Jenayah.

Maslinda kemudian memberitahu mahkamah bahawa beliau dan suami sangat mempercayai Suzana untuk menguruskan kewangan syarikat termasuk membuat pembayaran caruman Kumpulan Wang Simpan Pekerja (KWSP).

Namun, katanya dalam tempoh setahun Suzana bekerja, beliau mendapati pembayaran caruman KWSP tidak dibuat dari Februari 2011 hingga Disember 2011 dan berikutan itu, pihak KWSP telah menutup akaun syarikat.

"Dalam tempoh itu, saya kehilangan pekerja setiap bulan dan apabila ditanya kenapa mereka berhenti kerja, mereka memaklumkan saya bahawa Suzana ada memberitahu yang syarikat ini tidak membuat caruman KWSP, sedangkan saya bayar caruman KWSP pada 28 haribulan, setiap bulan," katanya.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang merupakan setiausaha syarikat merangkap pekerja di bahagian sumber manusia dan pengurusan, didakwa menyalahgunakan 13 keping cek syarikat dan majikan dengan melunaskan cek tersebut ke dalam akaun miliknya.

Dia yang diamanahkan membuat pembayaran atas semua perbelanjaan syarikat dan operasi termasuk membuat pembayaran kepada KWSP, bil elektrik dan bayaran peribadi majikan, mengaku melunaskan kesemua cek tersebut untuk kegunaan peribadi, termasuk membiayai perbelanjaan pengajian anak-anaknya.

Pengesahan daripada KWSP mendapati akaun caruman milik syarikat pengadu (Maslinda) telah ditutup atas permohonan yang dibuat oleh tertuduh bagi pihak syarikat walaupun tiada arahan dikeluarkan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aisyah Ahmad manakala tertuduh diwakili peguam K. Komagan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan