Mahkamah Tolak Rayuan Metrobus Berhubung Kadar Tambang

Diterbitkan: Sabtu, 4 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini Jumaat diberitahu tujuan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Semenanjung Malaysia membenarkan Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) mengenakan kadar tambang lebih rendah adalah untuk membolehkan orang ramai menikmati perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih baik dan cekap.

Dalam penghakiman setebal 32 muka surat, Hakim Datuk Azahar Mohamed berkata, dalam menetapkan kadar tambang berbeza untuk RapidKL dan Metrobus, LPKP mengambil kira kepentingan awam.

Katanya, LPKP menjelaskan bahawa langkahnya meluluskan kadar tambang lebih rendah untuk RapidKl itu bertujuan menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam bersepadu di Lembah Klang yang merangkumi perkhidmatan bas dan rel.

"Terdapat sebab sah yang memerlukan LPKP membenarkan RapidKL mengenakan tambang tanpa mengikut kadar yang ditetapkan di bawah Peraturan-peraturan Lembaga Pelesenan Pengangkutan Perdagangan (Kadar Tambang) 2000," katanya.

Metrobus Nationwide Sdn Bhd, syarikat yang mengendalikan perkhidmatan bas henti-henti Metrobus, mendakwa terdapat bukti yang menunjukkan bahawa tindakan LPKP membenarkan RapidKL mengenakan kadar tambang lebih rendah menyebabkan syarikat itu (Metrobus) mengalami kerugian besar akibat kejatuhan ketara jumlah penumpang yang menggunakan perkhidmatan bas henti-hentinya (Metrobus) sejak 21 April, 2007.

Metrobus juga mendakwa kelulusan yang diberi kepada RapidKL untuk mengenakan kadar tambang lebih rendah adalah bercanggah dengan Peraturan-peraturan Kadar Tambang.

Hakim, Azahar berkata, tidak terdapat bukti konkrit yang menunjukkan wujudnya sebarang kaitan bahawa kesulitan kewangan yang dialami Metrobus sebahagian besarnya berpunca daripada kadar tambang RapidKL yang jauh lebih rendah daripada yang ditetapkan oleh peraturan berkenaan.

Hakim Azahar menganggotai panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang sebulat suara menolak rayuan Metrobus untuk mendapatkan ganti rugi.

Metrobus merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak tuntutannya mendapatkan pampasan bagi kerugian yang didakwa ditanggungnya akibat tindakan LPKP yang tidak mengenakan kadar tambang seragam.

Dalam keputusannya pada 30 Sept, 2009, Mahkamah Tinggi meluluskan permohonan Metrobus untuk mendapatkan semakan semula penghakiman.

Mahkamah Tinggi juga mengeluarkan perintah yang dimohon Metrobus supaya ia mengisytiharkan keputusan bahawa tindakan LPKP meluluskan kadar tambang RapidKL pada 28 Mac, 2006 adalah bercanggah dengan Peraturan-peraturan Kadar Tambang.

Bagaimanapun, mahkamah itu tidak mengeluarkan perintah agar Metrobus diberi ganti rugi kerana ia memutuskan bahawa tidak terdapat bukti mencukupi yang menunjukkan bahawa lembaga itu melakukan penindasan terhadap syarikat berkenaan.

Dalam penghakimannya yang dibaca di mahkamah terbuka oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Mohd Zamir Suhaimee, Hakim Azahar berkata keputusan membenarkan RapidKL mengenakan tambang lebih rendah bukan suatu tindakan tidak adil atau tidak wajar.

Katanya, langkah LPKP yang menyimpang daripada Peraturan-peraturan Kadar Tambang itu dibuat secara rasional demi memenuhi kepentingan orang ramai untuk menikmati perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih baik dan cekap di Lembah Klang.

Metrobus memfailkan permohonan bagi mendapatkan semakan semula penghakiman dengan menamakan LPKP dan Kerajaan Malaysia sebagai responden. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan