Warga Thailand Hadapi Tuduhan Gagal Isytihar Matawang Malaysia - Berita Mahkamah | mStar

Warga Thailand Hadapi Tuduhan Gagal Isytihar Matawang Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 3 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Seorang warga Thailand dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, Jumaat kerana gagal mengisytiharkan mata wang yang dibawa masuk ke negara ini dan mengimport mata wang tanpa kebenaran.

Wittaya Pata, 27, dituduh membawa mata wang Malaysia RM100,000 di laluan pemeriksaan kereta, Unit Khas Pemeriksaan Penumpang Bahagian Import, Kompleks Imigresen Padang Besar pada 16 April 2011 kira-kira pukul 1 petang.

Lelaki itu dituduh mengikut Seksyen 23(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA) kerana gagal mengisytiharkan wang yang dibawa masuk.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 23(2) akta yang sama dengan didenda tidak lebih RM1 juta atau penjara tidak lebih satu tahun.

Wittaya yang berasal dari Nakhon Phato, Thailand juga dituduh mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 kerana mengimport mata wang kertas Ringgit Malaysia pelbagai denomisasi itu tanpa kebenaran Bank Negara Malaysia yang dibawanya dalam sebuah kereta jenis Toyota Altis dengan nombor pendaftaran Thailand.

Tertuduh boleh dihukum di bawah seksyen 135(1)iii) akta yang sama bagi sabit kesalahan kali pertama boleh didenda tidak kurang 10 kali ganda nilai dan tidak lebih 20 kali ganda nilai atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Sepatutnya hanya pertuduhan mengikut Seksyen 23(1) AMLATFA yang didengar di mahkamah sesyen hari ini manakala pertuduhan mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam itu didengar di mahkamah majistret.

Bagaimanapun ketiadaan majistret menyebabkan tuduhan itu turut didengar di mahkamah sesyen.

Pendakwaan dilakukan oleh Penolong Pengarah Kastam, Abdul Malik Awang Kechik manakala tertuduh diwakili peguam Loo Yook Khin.

Hakim Azman Ahmad memerintahkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan dua orang penjamin rakyat Malaysia serta diperintah melapor diri kepada pejabat Kastam sebulan sekali bagi setiap pertuduhan.

Mahkamah menetapkan sebutan semula bagi kedua-dua pertuduhan itu pada 11 September depan. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan