Lelaki Iran Dipenjara 13 Tahun, 10 Sebatan Miliki Dadah Di KLIA

Diterbitkan: Jumaat, 3 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang warga Iran dihukum penjara 13 tahun dan 10 sebatan selepas mengaku bersalah memiliki dadah jenis Methamphetamine seberat 631.8 gram di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, dua tahun lepas.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Datuk Ahmadi Asnawi yang membuat keputusan itu di sini Jumaat, memerintahkan tertuduh, Hamed Zabetidakhel Shaban, 29, menjalani hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap iaitu 7 Disember 2010.

Hamed mengaku melakukan kesalahan itu di pejabat Siasatan Jenayah Narkotik Aras 3, KLIA, Sepang, pada pukul 10.50 pagi.

Dia dihukum mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum seumur hidup serta sekurang-kurangnya 10 kali sebatan.

Hamed sebelum ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengedar dadah mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Dia bagaimanapun menukar pengakuan kepada bersalah selepas pihak pendakwaan menawarkan pertuduhan pilihan itu.

Terdahulu, peguam Rosal Azimin Ahmad yang mewakili Hamed memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan atas alasan anak guamnya ingin kembali ke pangkuan keluarganya di Iran selepas dua tahun berada dalam reman.

Beliau berkata tertuduh pertama kali meninggalkan keluarganya dan pertama kali datang ke Malaysia untuk mencari pekerjaan.

Timbalan Pendakwa Raya Faradziah Kasah yang mengendalikan pendakwaan, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal atas alasan gejala dadah yang melibatkan warga asing di negara ini semakin berleluasa dan bertambah serius.

Beliau memohon tertuduh dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan bagi memberi pengajaran kepadanya dan bakal pesalah lain. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan