Hukuman Mati Penganggur Kekal

Diterbitkan: Rabu, 1 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman mati seorang penganggur kerana membunuh ibu pemberi pinjam wang yang memberi pinjaman kepadanya untuk berjudi di Genting Highlands.

Panel lima hakim diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin berkata walaupun tidak ada sesiapa yang nampak Ooi Lai Seng menembak mangsa dengan sepucuk revolver, terdapat keterangan mengikut keadaan yang mencukupi bagi menunjukkan tertuduh melakukan kesalahan itu.

Sehubungan itu, panel yang turut dianggotai Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusoff, Datin Paduka Zaleha Zahari, Datuk Zainun Ali dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha, sebulat suara menolak rayuan terakhir Ooi.

Pada 5 November 2009, Mahkamah Tinggi Temerloh menjatuhkan hukuman mati terhadap Ooi, 48, selepas mendapati dia bersalah membunuh Chong Tai Tai, 62, di Kilometer 0.5, Jalan Genting Highlands, Bentong, Pahang pada kira-kira 1.45 pagi, 29 Jun 2001.

Dia turut dihukum penjara 18 tahun kerana cuba membunuh pemberi pinjam wang berkenaan iaitu Yee Woon Long, 53, di tempat dan masa yang sama.

Tertuduh gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan sebelum ini, bagaimanapun, mahkamah tersebut melepas serta membebaskan Ooi daripada pertuduhan cuba membunuh Yee.

Mengikut keterangan di Mahkamah Tinggi, Ooi meminjam RM2,000 daripada Yee selepas tertuduh rugi semasa berjudi di Genting Highlands.

Pada hari kejadian, Yee berkata beliau meminta Ooi memulangkan wang yang dipinjam, namun tertuduh mahu menumpang keretanya untuk ke Kuala Lumpur bagi mendapatkan wang.

Yee, yang bersama Chong ketika itu, menolak namun akhirnya bersetuju menumpangkan Ooi ke Hotel First World di Genting Highlands bagi membolehkan tertuduh mendapatkan wang.

Bagaimanapun, ketika dalam kereta, satu pergaduhan berlaku di antara mereka berkaitan wang yang dipinjam dan Ooi mengeluarkan pistol sebelum mengugut untuk menembak Yee.

Yee memberhentikan kenderaannya untuk melompat keluar ketika terdengar bunyi tembakan sebelum menyedari dadanya cedera akibat ditembak, dan tertuduh kemudian melarikan kereta bersama mangsa.

Yee berkata selepas itu, beliau mendengar satu lagi bunyi tembakan. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan