Tiga Sekeluarga Warga Iran Menangis Gembira Bebas Tuduhan Edar Dadah

Diterbitkan: Selasa, 31 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Suasana tenang di Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bertukar hiba apabila tiga sekeluarga warga Iran terselamat daripada hukuman mati selepas dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, dua tahun lepas.

Sejurus Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah membacakan keputusannya, perunding perkahwinan, Mandana Rahmani Hassan, 24, terus berjalan keluar dari kandang tertuduh dan bersujud di lantai sambil menangis teresak-esak.

Suami Mandana, Vahid Kazemi Mostafa, 29, dan ibu wanita itu, Sousan Simaei Oshtorniani, 51, turut mengalirkan air mata kesyukuran dan dilihat memeluk anggota keluarga serta rakan-rakan yang berada di galeri awam.

Terdahulu, dalam penghakimannya, Abdul Alim berpuas hati bahawa tiga sekeluarga berkenaan mengunjungi Malaysia dalam kumpulan yang diuruskan ejen pelancongan.

Abdul Alim juga menerima keterangan saksi bahawa bagasi berisi dadah berkenaan diberikan kepada ketiga-tiga mereka oleh ejen pelancongan bernama Akhbar dan pembantunya, Nasir.

"Tertuduh pertama (Vahid) dan tertuduh kedua (Mandana) menafikan bagasi berisi dadah berkenaan adalah milik mereka dan tiada apa-apa yang ditemui dalam bagasi itu boleh dikaitkan dengan ketiga-tiga tertuduh," kata hakim itu.

Sehubungan itu, beliau mendapati Vahid, Mandana dan Sousan berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Vahid, pemandu teksi, dan Mandana didakwa mengedar methamphetamine seberat 1,413 gram di cawangan pemeriksaan penumpang 1, Balai Ketibaan Antarabangsa, Terminal Utama, KLIA, kira-kira 3.05 petang pada 14 Ogos 2010.

Mandana turut menghadapi satu lagi pertuduhan bersama-sama Sousan, seorang suri rumah, mengedar methamphetamine seberat 1,338 gram pada masa, tarikh dan di tempat sama.

Tiga sekeluarga itu yang diwakili peguam Parvinder Singh Doal didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) Akta sama yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Enam saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan