Jururawat Australia, Lelaki Nigeria Dituduh Edar 1kg Syabu

Diterbitkan: Selasa, 31 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang jururawat warga Australia dan seorang lelaki Nigeria dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada Selasa atas tuduhan mengedar kira-kira 1kg methamphetamine, lebih dikenali sebagai syabu, dua minggu lepas.

Emma Louise L'aiguille, 34, dari Perth dan Anthony Esikalam Ndidi, 30, dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(A) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di hadapan kedai 7-eleven, Jalan Sultan, Dang Wangi di sini pada kira-kira pukul 3.30 petang, 17 Julai.

Peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Emma, memberitahu mahkamah bahawa para pegawai dari Suruhanjaya Tinggi Australia melawat anak guamnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, dua hari selepas penangkapannya.

Katanya pegawai bertugas di balai polis itu berjanji akan merujuk wanita berkenaan kepada seorang doktor selepas dia mengadu mengalami jangkitan pada dada dan kemurungan teruk.

Bagaimanapun, Muhammad Shafee memberitahu Majistret Erry Shahriman Nor Aripin bahawa tiada rawatan diberi kepada wanita itu sehingga hari ini seperti yang dijanjikan kepada para pegawai Suruhanjaya Tinggi Australia.

Beliau juga memberitahu mahkamah bahawa kenyataan bertulis Emma direkodkan dalam bahasa Malaysia walaupun para pegawai penyiasat dilatih merekodkannya dalam bahasa Inggeris, terutama bagi kes melibatkan warga asing.

Muhammad Shafee menggesa mahkamah memerintahkan polis dan pegawai dari Penjara Wanita Kajang supaya memberi rawatan segera kepada anak guamnya.

"Sekiranya tertuduh memerlukan rawatan perubatan, sila maklumkan kepada pegawai penjara untuk berbuat demikian seperti yang diminta peguam," kata majistret berkenaan sebelum menetapkan 1 Oktober sebagai tarikh sebutan kes.

Bercakap kepada pemberita di luar mahkamah, Muhammad Shafee berkata tertuduh berada di Kuala Lumpur untuk berjumpa teman lelakinya dari Nigeria ketika dia ditahan.

"Dia hanya diminta memandu sebuah kereta oleh teman lelakinya pada hari berkenaan (17 Julai) dan polis menahan kereta berkenaan serta membawanya dan dua yang lain ke balai kerana disyaki mengedar dadah," kata Muhammad Shafee.

Pendakwaan diketuai timbalan pendakwa raya S.Malini Anne, manakala Anthony tidak diwakili peguam. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan