Edar Dadah: Warga India Kekal Digantung

Diterbitkan: Selasa, 31 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Seorang lelaki warga India tetap akan menjalani hukuman mati selepas gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman mati kerana mengedar 20.6kg ketamine, empat tahun lalu.

Panel lima hakim diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum hari ini sebulat suara menolak rayuan Athiseshan Singaram, 50, selepas memerintahkan bahawa ianya selamat untuk mengekalkan sabitan.

Mahkamah berpendapat pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Malanjum berkata meskipun wujud beberapa ketakpastian dalam keterangan sama ada beg mengandungi dadah itu dikunci tetapi keterangan menyeluruh yang dikemukakan menunjukkan Athiseshan mempunyai pengetahuan mengenai dadah itu.

Empat lagi hakim yang turut bersidang dalam panel tersebut ialah Datuk Hashim Yusoff, Datuk Ahmad Maarop, Datuk Zainun Ali dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha.

Athiseshan didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 29 Jan 2010 kerana melakukan kesalahan itu di kaunter pemeriksaan kastam di Balai Ketibaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, pada pukul 3.30 petang, 26 Julai 2008.

Perayu, yang bekerja sebagai pemandu untuk majikannya yang berniaga kain sari, tiba di KLIA dengan menaiki penerbangan Singapore Airlines dari New Delhi melalui Singapura. Pada 10 Ogos, tahun lepas, Mahkamah Rayuan menolak rayuannya terhadap sabitan dan hukuman.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurulhuda Noraini Mohd Noor manakala Athiseshan diwakili oleh peguam S. Ravichandran. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan