Penganggur Dipenjara Tiga Tahun Kerana Ragut Rantai Emas

Diterbitkan: Isnin, 30 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang penganggur dikenakan hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, Isnin, selepas mengaku bersalah meragut rantai emas seorang remaja perempuan, bulan lepas.

Hakim Haiyatul Akmal Abdul Aziz menjatuhkan hukuman penjara itu terhadap Muhammad Noorsuzaidee Zainuddin, 24, dan memerintahkan hukuman itu bermula hari ini.

Dia didakwa meragut seutas rantai emas bernilai RM500 milik Nurul Ashikin Asri, 20, yang bekerja di sebuah panggung wayang, di Jalan Kuala Selangor, Paya Jaras Hulu, Sungai Buloh, pada pukul 2.35 petang, 19 Jun lepas.

Tertuduh, yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, mangsa sedang menaiki motosikal menuju ke Sungai Buloh dan menyedari diekori tertuduh yang menunggang sebuah motosikal dari belakang lalu menarik rantai emas yang dipakainya.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Choong Kak Sen. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan