Rasuah: Pegawai Perhutanan Sarawak Dipenjara 24 Bulan, Denda RM100,000

Diterbitkan: Jumaat, 27 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Pegawai Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dipenjara 24 bulan dan didenda RM100,000 oleh Mahkamah Khas Rasuah pada Jumaat selepas didapati bersalah menerima rasuah RM20,000 tahun lepas.

Hakim Ahmad Azhari Abdul Hakim turut memerintahkan Joseph anak Selanjat, 52, yang merupakan ketua Unit Keselamatan dan Perlindungan Aset SFC, dipenjara 24 bulan lagi jika gagal membayar denda tersebut.

Bagaimanapun mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh didakwa menerima suapan itu daripada Rommy Ma'aruf, agar tidak mengambil tindakan terhadapnya yang didakwa mengangkut 200 tan kayu balak secara haram dari Kapit ke Sibu, kesalahan mengikut Ordinan Perhutanan Sarawak.

Dia melakukan kesalahan itu di sebuah hotel di sini pada 10.35 pagi, 21 Januari tahun lepas.

Tertuduh yang telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya daripada SPRM Law Chin How manakala Joseph diwakili peguam Augustine Liom.

Sementara itu di mahkamah sama, Cif Inspektor Mohd Faizal Nawi dan Lans Koperal Zainal Mohammad Yunus mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan menerima rasuah RM55,500 daripada Walter Wong Hai Ing.

Suapan itu sebagai sogokan agar mereka tidak mengambil tindakan terhadap Wong yang didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Mereka didakwa bertemu Wong di tiga tempat yang berlainan iaitu pada 15 Januari 2009 menerima RM30,000, pada 30 Januari 2009 (RM15,500) dan 18 Mac 2009 (RM10,000).

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi.

Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 Oktober hingga 7 Disember depan untuk perbicaraan. Mereka diwakili peguam Shankar Ram. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan