Lynas Tarik Balik Saman Selepas FMT Minta Maaf

Diterbitkan: Jumaat, 27 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lynas Corporation Limited dan Lynas Malaysia Sdn Bhd pada Jumaat menarik balik saman selepas pengendali portal berita 'Free Malaysia Today (FMT)', MToday News memohon maaf kepada Lynas atas penyiaran artikel memfitnah yang disiarkan dalam laman webnya.

Penyelesaian saman itu direkod di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nor Bee Ariffin.

Peguam MToday Rueben Mathiavaranam memberitahu pemberita bahawa sebagai sebahagian daripada terma penyelesaian, Lynas menarik balik saman dan defendan berjanji tidak akan menyiarkan lagi sebarang kenyataan anti Lynas.

"Mahkamah juga membuat keputusan itu tanpa perintah untuk membayar kos, tiada bayaran kerosakan dan tiga artikel terlibat perlu dikeluarkan dari (laman web) FMT," katanya.

Pada 17 Julai, MToday menyiarkan permohonan maaf di laman webnya www.freemalaysiatoday.com atas penyiaran tiga artikel yang yang mendakwa Loji Lynas mungkin tidak selamat untuk orang ramai.

"Kami meminta maaf atas penyiaran itu memandangkan dakwaan semumpama itu tidak mempunyai asas saintifik," kata kenyataan permohonan maaf itu.

Pada 19 April lepas, Lynas Corporation of Sydney, Australia dan Lynas Malaysia memfailkan saman terhadap MToday News, kerana menyiarkan artikel berunsur fitnah dalam laman webnya pada 6 Mac lalu.

Dalam saman itu, Lynas memohon ganti rugi am dan ganti rugi teruk, kos dan injunksi bagi menghalang Mtoday News daripada terus menerbitkan artikel memfitnah mengenai Lynas.

Peguam Rishwant Singh mewakili Lynas. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan