Penganggur Didakwa Tipu Ahli Perniagaan Babitkan Cek RM100,000

Diterbitkan: Khamis, 26 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas tuduhan menipu seorang ahli perniagaan membabitkan cek bernilai RM100,000 tahun lepas.

Kherinjit (ulang: Kherinjit) Kaur Kartar Singh, 27, didakwa menipu Hariban Singh Darshan Singh, 54, untuk menyertai satu perniagaan yang menjanjikan pulangan keuntungan kepadanya sehingga mendorongnya menyerahkan cek tersebut, sedangkan perniagaan serta pulangan keuntungan yang dimaksudkan itu tidak wujud.

Kherinjit Kaur, yang tinggal di Bukit Idaman, Batu Caves di sini, didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan Maybank cawangan Batu Cantonment, Jalan Ipoh, Sentul di sini pada 10 pagi, 29 Ogos 2011.

Dia yang ditangkap pada 28 Februari lepas didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Hakim Che Mohamad Zulkifly Jusoh membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Sept untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suzanne Tiyon Bimen manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan