Kakitangan Awam Didenda RM1.35 Juta Kerana Buat Tuntutan Palsu

Diterbitkan: Khamis, 26 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seorang penjawat awam dikenakan denda RM1.35 juta dan dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, Rabu, selepas didapati bersalah membuat tuntutan palsu berjumlah RM270,650 tiga belas tahun lepas di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).

Hakim Elesabet Paya Wan menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Fauzy Mohd Yusuf, 41, bagi lapan pertuduhan membabitkan dokumen pesanan kerajaan, inden dan invois dengan jumlah tuntutan tertinggi bernilai RM49,800 dan paling rendah, RM9,250.

Elesabet menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan bagi setiap tuduhan dengan hukuman berjalan serentak dan sekiranya Mohd Fauzy gagal membayar denda tersebut, dia boleh dikenakan penjara selama lima tahun. Kesalahan itu dilakukan antara 9 November hingga 30 November 1999 ketika dia berkhidmat sebagai pembantu tadbir kewangan di Jabatan Haiwan Melaka.

Semua tuntutan palsu itu didakwa dilakukan bagi kerja pembangunan projek tenusu di bawah PPRT di Merlimau, Jasin dan Masjid Tanah di negeri ini.

Tuntutan itu antaranya bagi pembelian benih rumput; kerja membina travis berbumbung lembu susu; pembinaan kandang lembu susu; pembangunan infrastruktur di kawasan padang ragut dan projek tenusu PPRT.

Bagi setiap pertuduhan terbabit, dia didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Roziza Sidek manakala tertuduh diwakili peguam Azrul Zulkifli Stork.

Azrul bagaimanapun memohon mahkamah supaya menangguhkan hukuman penjara dan denda ke atas anak guamnya sementara menunggu keputusan rayuan.

Elesabet membenarkan hukuman itu ditangguhkan dengan syarat notis rayuan difailkan dan jumlah jaminan dinaikkan kepada RM12,000 dengan seorang penjamin.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan