Tuduhan Rasuah: Bekas YDP Majlis Perbandaran Selayang Diperintah Bela Diri - Berita Mahkamah | mStar

Tuduhan Rasuah: Bekas YDP Majlis Perbandaran Selayang Diperintah Bela Diri

Diterbitkan: Rabu, 25 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Bakaruddin keluar dari mahkamah selepas diperintah bela diri oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Selasa atas tuduhan menggunakan wang pihak berkuasa tempatan bagi penyelengaraan rumahnya sendiri.-foto BERNAMA
Bakaruddin keluar dari mahkamah selepas diperintah bela diri oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Selasa atas tuduhan menggunakan wang pihak berkuasa tempatan bagi penyelengaraan rumahnya sendiri.-foto BERNAMA

SHAH ALAM: Bekas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang, Bakaruddin Othman telah diperintahkan untuk membela diri oleh Mahkamah Sesyen atas tuduhan rasuah.

Bakaruddin, 58, yang kini memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan dan Perancangan) Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar didakwa menyalahgunakan kuasa dan kedudukannya untuk meluluskan dana sebanyak RM26,500 bagi mengubah suai rumahnya di No 14413 Jalan Laksamana 9, Kg Laksamana, Batu Caves, Selangor.

Beliau didakwa melakukan perbuatan tersebut pada mesyuarat majlis berkenaan pada 27 Oktober 2011 dengan meluluskan peruntukan bagi pengubahsuaian serta mempunyai niat untuk tujuan tersebut.

Hakim Asmadi Hussin berkata, mahkamah mendapati pasukan pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie ke atas tertuduh.

Perbicaraan ditetapkan pada 9 dan 10 Ogos depan.

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan